Nuffnang

Monday, April 13, 2009

Petua Kecantikan siti

aik dah ada mcm mikel jeksen la plak



Melihat’kan bentuk tubuh dan kulit wajah penyanyi tersohor tanahair kita, Dato’ Siti Nurhaliza pasti sahaja ada dikalangan wanita di luar sana yang termimpi-mimpi dan paling tidak pun berangan-angan untuk memiliki tubuh dan kulit cantik sepertinya. Siti yang di’besar’kan dengan penuh adat budaya pasti’nya menyanjung tinggi setiap apa yang di’waris’kan kepada’nya. Begitu juga dengan amalan petua yang di’gunapakai sejak dahulu lagi. Tidak menolak kecanggihan terkini, apa yang penting bagi Siti amalan tradisional itu menjanji’kan pengalaman yang luar biasa.
Bagi Siti, untuk mendapat’kan kulit licin, ambil tepung pulut dan campur’kan dengan air. Kemudiann’nya, sapu’kan pada muka sebelum tidur. Jangan pula lupa basuh muka keesokan hari’nya. Begitu juga dengan penjagaan kulit, Siti gemar mengambil madu lebah dan di’campur dengan putih telur. Selepas itu, ianya di ’sapu pada muka sehingga kering dan kemudian bilas selepas 30 minit. Itu bagi memiliki kulit halus dan bersih. Mungkin ada yang tidak perasan kulit kering dan bersisik itu sebenar’nya mencacat’kan penampilan seseorang. Untuk itu, bagi mengelak’kan perkara itu terjadi Siti amalkan mengambil hampas kelapa dan campurkan dengan air asam jawa. Selepas itu, di’sapu’kan pada tempat kulit yang bersisik. Buat berulang kali dan insya-Allah kulit tidak akan bermasalah lagi.

No comments: