Nuffnang

Sunday, November 30, 2008

Untuk gadis-gadis yang nak sihat

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

Wednesday, November 12, 2008

Pantang Larang Bakal Pengantin mengikut adat Melayu dulu

p>Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.


1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.


2. Jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.


3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.


4. Jangan makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.


5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.


7. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.


8. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.


9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.


10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.


11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.


12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)


13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.


14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.


15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.


16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.


17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.


18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.


19. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.


20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.


21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.


22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.


23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.


24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.


25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.


26. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.


27. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).


28. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.


29. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.


30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.


31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.


32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.


33. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.


34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.


35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.


36. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.


37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.


38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.


39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.


40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.


41. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.


42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.


43. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.


44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.


Kebanyakan pantang larang ini tidak diamalkan lagi dan artikel ini hanya untuk pengetahuan dan rujukan sahaja.

Petua Merawat Kaki

Jika penjagaan muka diberi keutamaan paling utama apabila ingin menjadi cantik, kaki cenderung diabaikan walau ia aspek yang tidak kurang penting di dalam perawatan kecantikan.


Kaki indah dan cantik dilihat jika kulitnya kelihatan mulus tanpa sisik kering dan tompokan parut kecil. Atas faktor itu, wujud pelbagai rawatan khusus untuk kaki antaranya spa kaku serta manicure dan pedicure.


Namun, jika anda gemar memanjakan diri di rumah, luangkan masa sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk melakukan spa kaki menggunakan bahan semula jadi yang boleh didapati di dapur anda.


1. Kaki lembut dan wangi


Memakai kasut kulit bertutup boleh menyebabkan kaki berbau. Lebih teruk jika ia dibiar lembap, kaki boleh ditumbuhi kulat lantas membuatkan anda terasa tidak selesa.


Memiliki kaki lembut dan wangi tidak sukar jika anda rajin merawatnya.


Bahan:


1 cawan jus lemon

2 sudu makan minyak zaitun

1/4 cawan susu

Air secukupnya

Serpihan kelopak mawar atau kayu manis (untuk aroma)


Cara:


Campurkan semuanya di dalam besen sederhana besar. Masukkan kedua kaki (separas betis) selama sepuluh minit, kemudian keringkan kaki dan bilas dengan sabun lembut serta air. Lakukan dua kali seminggu selama beberapa minggu sehingga kaki anda terasa lembut.


2. Hilangkan sisik pada kaki


Kaki bersisik boleh menjejaskan penampilan tambah pula jika anda suka bergaya dengan skirt pendek. Ada juga wanita yang mengamalkan pemakanan seimbang dan meminum air putih di dalam jumlah yang cukup namun kulit mereka semula jadi kering.


Justeru, untuk merawat masalah kulit kering, mengkudu atau nama santifiknya Morinda Citrifolia adalah jawapannya.


Cara:


Gosokkan buah mengkudu matang pada bahagian kaki yang bersisik. Lakukan selama lima hingga 10 minit. Bersihkan dengan kain bersih yang direndam air suam.


3. Tumit kaki halus


Di dalam dunia kecantikan, penggunaan garam digunakan secara meluas untuk membantu menghaluskan kulit, menggalakkan pertumbuhan sel sekali gus meremajakan kulit.


Bahan:


1 genggam garam

1 titis minyak aroma seperti serai, halia, limau atau teh hijau


Cara:


Campurkan kedua bahan dan masukkan ke dalam air hangat. Rendam kaki dan gosok bahagian tumit yang kasar dengan sikat halus dan batu apung. Urut bahagian tumit dengan garam untuk membuang kulit kering. Apabila selesai, bilas kaki dengan air dan keringkan sebelum kaki disapu losyen pelembap sesuai jenis kulit.

Masalah ketidak puasan Seks Wanita

Walaupun seks selalu menjadi ‘isu tertutup’ di kalangan wanita, kajian Pfizer melalui ‘Global Better Sex Survey’ (GBSS) tahun lalu mendapati, majoriti wanita berpendapat, seks adalah satu aspek kehidupan yang penting
Sebanyak 85 peratus wanita di dunia menganggap seks adalah penting untuk mencapai hubungan yang memuaskan. Malah, 83 peratus wanita Malaysia berkongsi pendapat yang sama
GBBS juga mendapati secara global lebih 50 peratus wanita tidak mencapai kepuasan seksual sepenuhnya. Angka yang sama juga didapati di kalangan wanita di Malaysia
Pakar Terapi Seksual dan Kaunselor Perhubungan, Dr Rosie King, berkata masalah ketidakpuasan seksual wanita jarang mendapat perhatian berbanding lelaki yang mendapati seks adalah antara komponen penting dalam kehidupan manusia
Ketidakpuasan seksual wanita adalah satu misteri kerana ia merujuk kepada pelbagai masalah seksual di kalangan wanita. Ketidakpuasan seksual yang paling biasa adalah ketiadaan libido,” katanya
Dr Rosie berkata, terdapat banyak faktor yang mungkin menyumbang ke arah ketidakpuasan seksual wanita termasuk masalah disfungsi seksual bukan saja di kalangan wanita malah pasangan mereka

Sebenarnya, disfungsi seksual lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Disfungsi seksual di kalangan lelaki dianggarkan pada tahap 31 peratus sementara di kalangan wanita 43 peratus. Ini bermakna setiap dua daripada lima wanita mengalami disfungsi seksual,” katanya.



Jenis disfungsi seksual wanita yang biasa



Ketiadaan libido (pelincir)



Disfungsi seksual yang paling biasa di kalangan wanita adalah ketiadaan libido. Antara faktor yang biasa dikaitkan dengan ketiadaan libido termasuk tekanan perasaan, terlalu letih, kemurungan, putus haid, mempunyai anak kecil dan hubungan yang tidak bahagia.



Pada peringkat awal sesuatu hubungan misalnya ketika bercinta, nafsu seksual wanita lebih tinggi kerana peningkatan dalam hormon testosteron. Selepas 18 bulan sehingga tiga tahun, tahap nafsu ini akan menurun.



Selepas itu ramai wanita tidak pernah lagi atau jarang sekali mengalami nafsu yang spontan terhadap seks, walaupun mereka mungkin masih bersedia terhadap perlakuan seks sekiranya pasangan mereka memulakannya.



Umumnya nafsu seksual lelaki adalah lebih tinggi daripada wanita. Perbezaan ini dikenali sebagai percanggahan nafsu. Kebanyakan wanita yang rendah libido juga akan mengalami masalah menangani percanggahan nafsu ini.



Gangguan nafsu berahi



Satu lagi masalah seksual yang biasa adalah gangguan nafsu berahi. Wanita yang mengalami gangguan nafsu berahi, bermasalah untuk membangkitkan rasa ghairah dan menikmati hubungan seks yang berlaku dalam keadaan kering serta tidak selesa.



Mereka juga tidak dapat mencapai nikmat dan keseronokan ketika melakukan hubungan seks. Kebanyakan wanita tidak menyedari mereka memerlukan antara 15 hingga 20 minit untuk bercumbu sebelum bersedia untuk melakukan hubungan intim. Banyak perubahan berlaku pada pelvis wanita yang akan membolehkan hubungan seks berlaku dalam keadaan yang selesa. Sekiranya tiada masa diberikan untuk perubahan ini berlaku, wanita mungkin akan berasa sakit ketika melakukan hubungan seks.



“Wanita mendapati lebih sukar untuk menumpukan perhatian terhadap pengalaman yang erotik berbanding lelaki. Justeru, nafsu seksual mereka bangkit dengan lebih perlahan. Sekiranya seseorang wanita mempunyai masalah untuk membangkitkan nafsu seksual, kemungkinan besar dia akan mengalami masalah mencapai orgasma dan menderita gangguan orgasma,” katanya.



Gangguan kesakitan seksual



Gangguan kesakitan seksual atau dispareunia adalah satu lagi masalah seksual bagi wanita. Hubungan seks yang menyakitkan mungkin disebabkan ketiadaan rasa ghairah atau ia mungkin disebabkan masalah fizikal yang mendasari seperti jangkitan atau keradangan. Satu bentuk hubungan seks yang menyakitkan dikenali sebagai `vaginismus’ iaitu hubungan seks tidak dapat dilakukan kerana kekejangan otot lantai pelvis.



Sebab-sebab disfungsi seksual wanita



Dr Rosie berkata, masalah seksual wanita dan ketidakpuasan seksual boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dari segi biologi, psikologi, jalinan hubungan, seksual dan keadaan semasa.



Bagaimanapun, kajian mendapati bahawa disfungsi seksual lelaki seperti disfungsi erektil atau pancutan air mani terlalu awal boleh melemahkan fungsi seksual wanita. Selain itu, ia juga mengehadkan nikmat dan kepuasan seksual wanita.



“Wanita yang bersuamikan lelaki disfungsi erektil (ED) akan turut berhadapan dengan masalah rendah libido, kurang nafsu berahi, kelemahan orgasma dan kepuasan seksual yang berkurangan,” katanya.



Namun, apa yang menarik, apabila masalah ED lelaki berjaya dirawat, tindak balas seksual di kalangan isteri akan bertambah baik.



“Ramai lelaki berasa malu untuk mendapatkan bantuan bagi masalah ereksi mereka. Mereka mungkin tidak menyedari bahawa masalah ereksi mereka boleh memberi kesan bukan saja dalam hubungan mereka dan emosi isteri malah juga terhadap keseronokan, fungsi dan kepuasan seksual isteri,” katanya.



Dr Rosie berkata, apabila seorang lelaki mengalami ED, dia secara tipikalnya akan kehilangan harga diri dan keyakinan lalu menjadi murung dan mula menyisihkan diri daripada pasangannya. Anehnya, isteri pula sering kali menyalahkan diri mereka apabila suami mengalami masalah seksual.



“Banyak soalan akan timbul, adakah saya terlalu gemuk atau terlalu tua? Apakah dia tidak lagi menyintai saya?. Akhirnya, kedua-dua pihak mengasingkan diri dan hubungan intim pasangan mula retak,” katanya.



Jika lelaki mendapatkan rawatan untuk ED dan rawatan itu berjaya mengembalikan ereksi yang keras dan tegang pada peringkat maksimum (dikenali sebagai ereksi gred 4 pada Skala Kekerasan Ereksi), tindak balas seksual isteri juga akan bertambah baik.



Dr Rosie berkata, hubungan intim selalu dirujuk sebagai `seks bertindak sebagai pelekat dan pelincir dalam hubungan’.



“Pelekat kerana ia dapat membantu merapatkan hubungan pasangan dan pelincir kerana hubungan seks yang baik dapat membantu pasangan mengatasi masalah lain dalam kehidupan mereka,” katanya.



Justeru, adalah penting bagi pasangan untuk memupuk kemesraan dalam hubungan mereka dengan menjalin ikatan emosi yang intim (berkongsi tanggapan dan perasaan peribadi), hubungan rekreasi yang intim (menikmati masa yang dihabiskan bersama-masa) dan hubungan seksual yang intim (melakukan hubungan seks dengan aktif dan tetap).



Jika mana-mana satu pihak mengalami masalah seksual, pasangan itu wajar mendapatkan bantuan profesional dan masalah ini perlu ditangani dengan segera.

Sunday, November 9, 2008

Perceraian dan Kesan serta bantuan guaman

Perceraian: Adakah Anda Pasti?


--------------------------------------------------------------------------------
PERCERAIAN adalah perkara mungkar yang dibenci oleh Allah swt. Rasulullah saw bersabda: "Perkara halal yang dibenci Allah ialah cerai-berai."
Perceraian!

Perceraian boleh membawa kesengsaraan kepada diri anda dan anak-anak anda. Sebelum memutuskan untuk bercerai, anda harus menimbangkan dengan serius segala kesan yang mungkin berlaku ke atas diri anda dan anak-anak anda.

Kesan Yang Mungkin Terjadi

KESAN EMOSI

Anda mungkin merasa:


sugul

marah

getir

tidak berdaya

bersalah

terasing

rendah diri

tidak terjamin

gagal dalam hidup

sangat tertekan

sangat kesepian
DUA PERANAN

Anda mungkin:


terpaksa menjadi ibu dan bapa sekaligus kepada anak-anak anda

terpaksa menjalankan kedua-dua tanggungjawab sebagai pencari nafkah dan pengasuh keluarga anda
KESAN KE ATAS ANAK-ANAK

Jika anda mempunyai anak, anak-anak anda mungkin:


tidak mendapat kasih sayang ibu atau ayah

terpaksa berpisah dengan saudara kandung mereka

merasa bersalah, tidak terjamin dan tidak berdaya

mengalami banyak tekanan perasaan atau ketegangan

menjadi bingung dan terganggu fikiran

mengalami kemerosotan dalam pencapaian pelajaran mereka

menunjukkan masalah tingkah laku seperti menyepikan diri, agresif dan terlampau aktif
Kesan Kewangan

Anda mungkin:


terpaksa menyesuaikan diri dengan taraf hidup yang lebih rendah kerana mempunyai hanya satu sumber pendapatan sahaja

mendapati bahawa kewangan menjadi masalah yang rumit kerana selama ini anda terlalu bergantung kepada pasangan hidup anda

terpaksa membuat tuntutan untuk mendapatkan nafkah dan harta keluarga

terpaksa berpindah keluar dari rumah kediaman anda jika rumah itu bukan atas nama anda sendiri

harus membayar iddah dan juga muta'ah kepada bekas isteri yang jumlahnya kadang-kadang boleh dianggarkan besar
KESAN SOSIAL

Anda mungkin:


merasa aib di sisi masyarakat

terpaksa menjawab pertanyaan daripada keluarga dan sahabat-handai

kehilangan para sahabat dan keluarga pasangan anda

terpaksa bergantung kepada orang tua atau sanak-saudara anda sendiri untuk menjaga anak-anak anda

terpaksa mendapatkan bantuan daripada agensi perkhidmatan masyarakat
IMPLIKASI UNDANG-UNDANG

Anda mungkin:


terpaksa menangung kos guaman yang banyak

terpaksa hadir di mahkamah jika perceraian anda dipertikaikan

terpaksa membuat tuntutan untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas anak-anak anda. (Boleh merujuk kepada risalah perceraian yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam untuk mendapatkan maklumat lanjut)
PERTIMBANGAN LAIN

Satu lagi pertimbangan lain ialah berkahwin semua. Pilihan ini mungkin menjadi lebih rumit jika anda mempunyai anak, kerana bakal pasangan hidup anda itu mungkin tidak bersedia untuk menjadi ibu atau bapa tiri.

Dan yang lebih penting, keputusan anda untuk berkahwin semula akan menjejas anak-anak anda yang terpaksa menyesuaikan diri, pertama dengan soal perceraian dan kedua dengan soal mempunyai ibu atau bapa tiri.

Timbanglah dengan semasak-masaknya dan tanyalah diri anda sendiri apakah tidak ada kesempatan untuk rujuk kembali sebelum anda membuat keputusan untuk bercerai. Sebelum anda membuat keputusan, anda mungkin ingin mendapatkan nasihat dan panduan daripada agensi-agensi perkhidmatan.

Step-by-Step Makeup Application


Step 1
Begin any makeup application with moisturized skin and conditioned lips (find a facial moisturizer and a lip balm you love and use them religiously). If you overdo it, simply blot the skin with tissue. Review your face -- do you need more concealer or foundation? Here, you see a hard edge of foundation, with the rest blended out. The true test of a color match comes when you start patting and blending it out.


Step 2
We put foundation over the eyelids; concealer under the eyes, and around the nostrils.





Step 3
We use powder to take away the shine but leave a healthy sheen -- just a bit on a large powder brush, swept around her entire face.



Step 4
Next: the "drop cloth" trick of depositing extra powder under the eyes to catch any eye makeup fallout.



Step 5
On to the eyes: Aubergine shadow goes across the lid, from the lashline to slightly beyond the crease, where it fades away. I worked with a minimal amount of product on a large shadow brush. Just one shade of shadow -- that's it, for this look! Then a thin veil of powder sets and blends the edges. Note: As long as the shadow you use is a powder, you can go back and add more -- even after it's set with translucent powder -- to get to the level of intensity you want. Then dust with translucent powder again.


Step 6
We curl the lashes and apply mascara, top and bottom.



Step 7
Now the brows. They get groomed into shape with a spoolie brush. Any thin areas? Those are filled in with a brow pencil (taupe here), using little feather-like strokes. Then brows are brushed through with the spoolie again to soften and blend. Finally, a coat of brow gel keeps everything in place. Now that the eyes are done, brush away excess loose powder (applied in step #4) from under the eyes


Step 8
To blush or not to blush? You could keep your face monochromatic and stop here -- then her look would be all about the eyes. But a bit of blush takes her to another place -- glowy, with a hint more shape. I apply a pink powder blush with a blush brush on the apples of her cheeks, then dust cheeks with powder to blend all the edges



Step 9
So far, everything is subtle and tonally related. To stay in that mode as we move on to the mouth, I choose a soft lip color. I also opt for less definition of the lipline and decide not to use a lip pencil. Our model looks great in a pinky beige lip color, applied with a lip brush. A dusting of powder sets everything. The effect -- a face that's just colorful enough, but natural. (Note: Natural doesn't need to mean neutral!) Before you are officially finished, review the face again. Do you need more blending? More color? When satisfied with your fabulous self, dust the entire face with the large powder brush -- for a matte finish, put a bit of powder on the brush; for a dewy finish, leave the brush bare.


One Step Beyond
Sometimes one simple change can transform a face. Here, a more intense lip color adds amazing impact. All I did was go over the existing mouth (the pinky beige lipstick applied in the last step) with a brandy lip pencil, creating a stronger, more define mouth. The entire lip gets outlined and filled in with the pencil. Then I go over the pencil with a lip brush to make sure the color is blended and evenly placed. For extra insurance, I add a dab of lipstick in a matching tone on top of the pencil -- just on the surface and in the center of the mouth. It add dimension to the color, and adds moisture, too. This one easy step takes you from day to evening, from casual to dressy, and from elegantly understated to intense!

Cantikkan wajah dengan bulu keningmu


Petua nak Kecilkan Liang Roma

Ok...

Liang roma terbuka memang kurang cantik...

So ada 2 tips yg slalu sgt i dengar tentang mengecilakn liang roma...

dan memang berkesan..

especially utk mereka yg pakai make-up...

make-up tahan lebih lama...



1.Amalkan pakai TONER selepas mencuci muka...

Toner berfungsi menyegar dan mengetatkan liang roma supaya liang roma lebih kecik.


2. secara semulajadinya,petua kedua nie sgt famous..iaitu dengan menggunakan air sejuk(ais) atau menggunakan ais .Selepas mencuci muka dan sebelum pakai make-up,amalkan lumur ais di muka...dengar kata berkesan betul..

so,masa nak cuci muka keluarkan kotoran kita gunakan air suam,then after dah cuci semua ,lumurkan ais atau air sejuk kat muka tue then apply TONER...

confirm kecik punye liang roma korang tue..dan kotoran pun susah nak masuk.

Cubalah!!



Ada jugak byk produk2 kecantikan yang membantu mengecilkan liang roma..

cthnye seperti CLinique pore minimizer..

10 Slimming tips

1 – Don’t go on a diet . . . successful slimming is more likely to be achieved by subtle changes in your eating habits and lifestyle. Changes that you can live with and come to enjoy.



2 – Eat slowly and you’ll eat less . . . put your knife and fork down between mouthfuls, sip water with your meals and take smaller bites. It takes a while for your body to recognise that it’s had enough food - the slower you can eat, the less you’ll want. Don’t feel like you have to ‘clean your plate’ especially when you’re eating restaurant-sized portions.



3 – Don’t ban any foods . . . from your slimming plan – especially things you like. Enjoy a small portion from time to time. Banning foods is a sure-fire way to make you crave them.



4- Visualise how you’re going to look . . . when you reach your slimming goal. What will you be doing? How will you feel? What clothes will be in your wardrobe?



5 – Never give up . . . on a goal because of the time it’s going to take to get there – the time will pass anyway.



6 – Keep a food diary . . . preferably calorie counted. It will enable you to identify which foods/drinks you need to have a bit less of; times/circumstances when you’re likely to over-eat, and whether you’re getting a varied diet with enough fruit and veg.



7– Don’t go shopping . . . when you’re hungry – if you buy it, you’ll most likely end up eating it. Most of us hate throwing food away.



8 – Be nice to yourself . . . if you have a bad day, don’t beat yourself up. Congratulate yourself on how many good days you’ve had and realise that one bad day isn’t going to spoil it all.



9 – Get some exercise . . .successful slimmers tend to make exercise part of their plan. It doesn’t have to be hard – even 20-30 minutes of fairly brisk walking a day will pay dividends. Add two weekly sessions of resistance training (which helps you burn more calories even whilst you're asleep) and you’ll be looking great that much quicker. Every little helps – look for opportunities to be more active in your daily life.



10 – Reward yourself . . . give yourself a treat for each pound and stone you lose. New clothes make a great incentive when you’re slimming – you could put £x per pound lost into a secret stash!

Intro mama cantik



Blogging memang menyeronokkan,apatah lagi skunk nie blogging pun boleyh buat duwet..you all percaya tak?even i pun buat duit thru blogging,and tak penah dpt kurang drpd RM400 sebulan...average pun dlm RM700-1000 sebulan..tu pun dengan memiliki 2 blog gitu.. so this is my third blog lah lebih kurangnyee..nway if you all berminat nak buat duit thru internet...bleh la tanya kat i..i tak lokek ilmu..mesti bantu you all...chaiyok2...

Oklah,actually blog nie lebih kepada wanita dan informasi la hendaknyee...

cam biasa wnaita memang suka nampak chantik kan...so mungkin blog nie menampilkan ttg kecantikan,make-ups,tips and tricks and so on...

juga akan ajar para wanita utk membuat wang ,tak kirala samada melalui internet or not..cos i nie pandai gak wat duwet dn perabis uwet..huhuh

hmm,tak lupa juga kepada wanita2 yg slalu menghadapi masalah rumah tangga..masalah peribadi dan sebgainye..leh gak kita konsikan bersama,..

wanita skunk pun byk masalah...so harap2 kita leh kongsi la sumenye...
take care y'all byee for now